When you feel like giving up, remember why you held on for so long in the first place.
When you feel like giving up, remember why you held on for so long in the first place.
When you feel like giving up, remember why you held on for so long in the first place.
At the first place, i just follow my intuition.
At the first place, i just think that this is the only thing i'm good with, and this is how i can help in upholding my religion...
At the first place, i think this is why i'm created for.
At the first place, i think that this is my way of worship...
...and i want to believe, that i'm walking on the true path.
Aku hanya tahu melukis. Melakar.
Dan untuk menjadikannya reliti aku harus menempuhi semua ini.
Harus menempuh rejection, menahan demand and all sort of things.
Ingat lagi niatku, janjiku, bahawa aku ingin design sebuah masjid.
( dan aku menyatakan hasrat ini bukannya untuk riak, aku menyatakan ini supaya kamu yang mengenaliku akan menghalangku sekiranya suatu hari nanti niat itu hanya tinggal niat. )
Sekarang semester break. Kerana itu, fikiranku agak tak keruan. Kerana aku hanya tinggal seminggu sebelum bermulanya semester baru. Dan menempuh hal yang sama. Design. Crit-tea.Final presentation--- di samping subjek2 theory , culture, working drawing etc. Teruskan sahaja mencari idea ...dan main sketchup.. =p
Aku khalifah Dia...
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". (Surah Al-Baqarah : 201) Aku tidak sempurna. Dan aku bukanlah mengejar kesempurnaan, kerana manusia itu tidak akan pernah sempurna. Aku hanya ingin jadi hamba yang bersyukur dan diredhai Allah. Semoga apa yang kutitipkan di sini menyuburkan cintaku pada Ilahi.
Wednesday, 23 January 2013
Saturday, 19 January 2013
konfiden...
I THINK THAT MY LACK OF CONFIDENCE BLOCKS MY PROGRESS, BUT
ALONG THE WAY I LEARN THAT LOVE IS THE SECRET INGREDIENTS.
Ada masanya, aku jatuh, tenggelam dibawa emosi sehingga presentation pun entah bagaimana. Pernah, aku membisu seribu bahasa, entah apa yang aku katakan, dan expectations lecturers sangat tinggi. Mereka patahkan semangatku. Sejujurnya, aku berasakan, ya, banyak kelemahanku, tertutama semasa presentation. Bertubi-tubi mereka tanyakan aku terutama tentang construction. Dan aku tidak tahu. Lalu 'kebodohan' itu mereka jadikan modal untuk saiko itu ini. Tolonglah. Why don't you listen till i'm finish? Setiap kali selepas presentation, aku tidak sanggup lagi melihat muka mereka. Entah bagaimana gred aku tidak berminat untuk tahu. Dan kawan-kawanku, mereka berkata bahawa aku seharusnya yakin dengan designku. Designku ok sahaja, cuma aku yang tidak konfiden, lalu semasa presentation aku tertekan pabila lecturer demand banyak benda. Entah, sudah berkali-kali aku fikir, architecture bukanlah untukku. Untuk 27hb ini, entah. Aku tiada mood nak check result. Aku cuma berharap semuanya lulus.
Saturday, 12 January 2013
Cinta Bermusim?
Cinta pada Allah hanya bermusim? Selalu sahaja rasa seperti ini. Kadang-kadang, kita seolah-olah mencintai Allah
ada masa tertentu sahaja. Ada masa kita tingkatkan ibadah kerana mahu Allah
berikan sesuatu nikmat, pada masa lain, ketika kita dibuai nikmat itu, kita
penuhkan hari-hari dengan hal-hal lagha. Kemudian, bila ditimpa musibah barulah
mencari Tuhan. Aku tidak tahu. Sehari dua ini terasa aku seperti itu. Ini
adalah bukti bahawa iman itu boleh menurun dan bertambah. Sekalipun ada masanya
imanku goyah, aku bersyukur Dia sentiasa ada di sisi dan menyedarkanku hidup di
dunia ini hanya sementara.
Monolog 10.00pm…
Ya Allah, bolehkah hamba menumpang di rumahMu malam ini? Hamba rindu
mendengar azan subuh di sini. Hamba rindu dikejutkan azan dan menjadi terdorong
untuk sujud kepada-Mu pagi ini. Hamba gundah ya Allah. Hanya Engkau yang tahu
betapa hati hamba terbeban. Hamba bukannya ingin terlampau memikirkan masalah-masalah
ini. Namun, hamba cuba untuk menyelesaikannya. Dan untuk menyelesaikan masalah
itu hamba akan berasa keperitannya. Hamba sedih kerana buntu, apakah yang harus
hamba lakukan?. Hamba berharap agar Engkau yang Esa maafkan hamba.
Ya Allah, hamba tidak ingin lari dari masalah. Hamba ingin berdepan
masalah dan menyelesaikannya. Izinkanlah hamba menumpang di sini ya Allah.
InshaAllah esok hamba akan teruskan pencarian buku itu. Hamba rasa bersalah ya
Allah. Itu adalah amanah. Sama seperti jasad dan nyawa yang Engkau berikan
kepada hamba. Jasad dan nyawa ini harus hamba pelihara sewajarnya. Ya Allah,
hamba berharap esok hamba berupaya untuk menjumpai buku itu. Dan esok hamba
akan menghantar softcopy itu, kerana hamba tidak tahu di mana bilik beliau.
Hamba mohon agar beliau berlembut hati.
Ya Allah, maaf. Jika apa yang hamba mampu lakukan hanyalah mengadu
terhadap-Mu. Banyak masalah memberat di fikiran hamba. Ya Allah, hamba minta
maaf kerana hamba jahil.Malam ini, kaki hamba melangkah ke sini, kerana hamba
rindu. Hamba tidak kuat . Hamba ingin bermalam di sini, bolehkah? Hamba ingin
terjaga pada pukul 3 tatkala imam dating untuk qiamullail berjemaah. Hamba
ingin qiam. Hamba ingin menangis. Jika hamba balik ke bilik, hamba tidak berani
untuk kesini pada pukul 3 pagi, malahan bahaya. Namun jika hamba tidur di sini
dengan mudahnya hamba akan tergerak untuk qiam. Samalah seperti bulan Ramadhan
itu. Namun seribu kali sayang, jarang sekali hamba lihat Jemaah qiamullail pada
bulan-bulan biasa. Hamba rindu saat itu ya Allah. Dan hamba menyesal tidak
rajin singgah di sini pada waktu itu. Hamba harap, malam ini akan ada yang
membangunkan hamba. InshaAllah,...
Hamba ingin menitiskan airmata ya Allah. Hamba tidak ingin jauh dari-Mu…
Hamba menunggu hidayah dari-Mu ya Allah. Dan hamba mencari hidayah-Mu. Ya,
hidayah itu adalah Islam, sudah turun dan Engkau kirimkan rasul-rasul-Mu untuk
menyebarkan hidayah itu ke serata alam.
Hatiku hilang…aku mencarinya kembali.
11: 03
Dan lampu masjid ditutup .Lalu aku keluar.Biarlah aku pulang sahaja. Aku
serik kerana masa lalu. Mungkin kini bukan seperti dulu. Mungkin bukan musim
qiam.
Thursday, 10 January 2013
Filling the emptiness...
ok, need to admit 1 thing, seriously i was trying to fill this emptiness for these past few days ( after last paper), paradoxically, without me even realise, i feel more empthy. Maybe it's because i filled it the wrong way.
So, please, do not give up. TRY TO FACE THE PROBLEM. IT'S WORTH TRYING.
Sunday, 6 January 2013
hanya secebis rasa...
Aku tidak mahu kedekut dengan Allah.
Nikmat yang Dia berikan kepadaku tidak terhitung.
Lapangkan dada.
Accept the past.
Accept the uncertain future.
Yang lalu jangan diingat. Berusaha untuk esok, paper terakhir.
berusaha dan bertawakkal.
Jangan difikir yang lepas, berusahalah sebaik mungkin=)
Nikmat yang Dia berikan kepadaku tidak terhitung.
Lapangkan dada.
Accept the past.
Accept the uncertain future.
Yang lalu jangan diingat. Berusaha untuk esok, paper terakhir.
Jangan difikir yang lepas, berusahalah sebaik mungkin=)
Saturday, 5 January 2013
Tawakkal
Allah berfirman bermaksud:
“Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.”
(Surah al-Maidah ayat 23).
ya Allah,
aku tidak mahu meminggir dari-Mu,
meskipun hati aku keras,
kuharap suatu hati nanti ia akan kembali lembut,
meskipun air mataku jatuh mengenangkan dosa-dosaku,
ia tidak dapat runtuhkan berhala nafsu dalam diri,
mengingatkan betapa Engkau menyayangiku,
membuatkan aku bersyukur,
membuatkan aku tekad,
tiada Tuhan selain Allah,
dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Meskipun hatiku keras, aku akan cuba menjaga akidahku,
aku takkan berpaling dariMu...
Friday, 4 January 2013
jangan pernah berhenti berharap pada Allah =)
Ya Allah
Aku telah lakukan apa yang termampu
Dan aku tidak akan putus asa
Apapun yang mendatang aku akan terus positif
Subscribe to:
Posts (Atom)