Tuhanku, kesabaranku teruji. Sampai bilakah rasa ini terus membelenggu. Berikanlah aku hidayah. Apakah harus aku teruskan? Aku sepertinya tidak mahu untuk menempuhi semester akan datang. Menempuhi kecewa yang sama. Kekecewaan yang tidak mungkin aku elak. Ya Allah, apakah aku bisa menyumbang untuk agamamu? Aku yang jahil ini... mampukah?
Sabarlah diriku...
Aku keliru ya Allah. Namun aku harus bersabar. Seharusnya jika aku berjuang ke jalan-Mu aku harus lebih dekat kepada-Mu. Tetapi aku sedih. Betapa mudahnya aku 'merajuk' dengan-Mu ya Allah. Maafkanlah aku. Betapa aku hamba yang lupa bahawa nikmat-Mu tidak terhitung. Engkau masih berikanku nafas hingga saat ini, meskipun dosaku melemahkanku.
Tuhanku, aku ingin bersabar, kerana aku ingin dicintai-Mu.
"Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan".
(Surah Hud 11:115)
Apa jua situasi, aku akan sabar...
No comments:
Post a Comment