Selesai sudah ujian tadi, mood
aku terus hilang. Aku tidak tahu apa rasaku. Sejujurnya, aku kecewa. Amat
kecewa. Dan aku tahu pada saat-saat aku kecewa dan sedih inilah aku akan
diprovok syaitan,agar aku bersangka buruk denagn takdir Allah. Aku tulis diari
ini sebagai tarbiyah, sebagai muhasabah diri. Bagiku, apabila menghadap sehelai
kertas( atau menghadap microsof word di skrin laptop), mendengar alunan zikir,
dan meluahkan apa yang terbuku di hati,
fikiran aku akan lebih rasional. Kerana dengan itu akan akan menggunakan
akal dan tenang.
Ujianku pagi tadi benar-benar
menyakitkan. Keluar sahaja dewan, kekecewaan jelas terlihat. Kenapa, soalannya
begitu sama dengan semester lepas?. Bukan aku sahaja yang berfikir sedemikian.
Ada yang tidak puas hati. Ada yang rasa pelik. Tidak kurang juga ada yang
mengatakan sengaja lecturer ambil soalan yang sama supaya mereka yang ‘repeat
paper’ dapat lulus. Bila difikir, mungkin, kerana ramai yang repeat subjek ini
tahun lepas. Dan ada banyak lagi ‘bukti’ yang menunjukkan lecturer cuba untuk
‘menolong’ mereka. Entah. Namun, kebanyakan daripada batch aku, ramai yang
tidak focus pada apa yang sudah keluar minggu lepas. Ya, kami baca semuanya. Namun
apa yang sudah ditanya pada tahun lepas lazimnya tidak akan disoal lagi tahun
ini. Maka ramailah yang focus pada topic selainnya.
Terkejar-kejar. Kerana sebelum
ini portfolio design kami dalam study week. Gap antara portfolio dan 1st
examination, serta paper2 seterusnya agak singkat. Dan portfolio design adalah
penentu, apakah kami dapat proceed ke tahun seterusnya. Jika dibandingkan
subjek design dengan subjek theory, aku setuju dengan kawanku yang mengatakan ‘lagi sanggup fail subjek theory daripada
fail design Kredit hour design 6, credit hour theory subject 2 atau 3 sahaja’
Fail design agak ‘annoying’
kerana design perlu di’repeat’ pada tahun seterusnya. Jika lazimnya part 1
adalah 3 tahun, fail design menambahkan setahun lagi, menjadikan 4 tahun. Jika
fail theory, subjek itu perlu direpeat pada tahun selepasnya atau semester
depan,(bergantung sama ada subjek itu ditawarkan setiap sem atau setahun
sekali) tetapi tidak perlulah mengulang level of study. Bagi student final year
yang fail subjek theory pada tahun terakhir pengajian pula, entah. Semestinya
mereka harus mengulang paper, dan sekaligus menambahkan 1 semester atau satu
tahun. Namun, selalunya, subjek2 yang susah ini perlu diambil semasa 2nd
year. Dan jika perlu di’repeat’ pada final year, seolah-olah ada ‘jaminan’
bahawa mereka tidak fail buat kali kedua. Tidak bagi subjek design. Tiada
‘belas kasihan’ dalam design ( macam kejam je ayat ni ).
Okay, aku kecewa. Bukannya kecewa
dengan takdir. Kecewa dengan diri aku. ( Mungkin Allah sahaja yang tahu. Susah
aku nak describe.)
Subjek ini ada 3 level. Biarlah aku namakan paper ini sebagai ‘miaw’ (
sebab aku suka kucing..<---nak jugak)) Some students fail miaw 1. Ada yang
fail semasa miaw 2. Dan paper yang baru shaja habis tadi miaw 3. Bagi aku, miaw
1 agak KO, namun alhamdulillah at least lepas. Miaw 2 paling ok bagi aku,
entah bagaimana, tetapi ini rezeki yang aku sangat syukur. Miaw 3, aku tidak
berani kata apa-apa. Soalannya agak confusing. Jika gred ak kali ini sama
seperti level 1 ak bersyukur sangat. Aku tidak berani letakkan harapan tinggi. But,
let’s say ‘Alhamdulillah’, even aku kecewa.
Dan sebenarnya, aku agak kagum
dengan spirit mereka. Ramai yang fail, tetapi relax je repeat, janji xrepeat
design kata mereka. Tetapi bagi aku, aku fikirkan ibu bapa aku yang selalu
bertanya kan result aku setiap semester. Dan aku sendiri pun, bila mengenangkan
masa yang aku spent untuk buat assignments dan sebagainya, lagilah aku tidak
sanggup. Apapun, aku sudah berdoa, sudah berusaha semampu aku, dan aku serahkan
pada Dia untuk tentukan jalanku. Dia lebih mengetahui apa yang baik untukku.=)
Maaf ya Allah jika nukilan hati
aku agak ‘selfish’.
Aku kecewa, namun aku tahu Engkau mengujiku ya Allah.
Seringkali aku gagal, dan kuharap kali ini takdir memihak kepadaku. Aku ingat
lagi semasa short semester betapa aku terbeban, namun Alhamdulillah Dia berikan
aku kekuatan. Tetapi kali ini, entah kenapa, kecewa sangat, kerana itu aku
ingin berlapang dada. Dan tidak mahu meletakkan apa-apa harapan. Bagiku, ya,
aku sudah berusaha sedaya mungkin, dan aku tidak mahu mengatakan ‘ I should
have done better than this.. if bla, if blab la bla bla… ‘ .‘If’ itu
seolah-olah membuka ruang untuk syaitan memprovokasi aku supaya tidak bersyukur
dengan ketentuan Dia.
No comments:
Post a Comment