Wednesday, 2 January 2013

Sedih? La Tahzan...=)

Untuk apakah aku bersedih? 

Jika aku sedih mengenangkan dosa lalu, itu tidak aku sesali. Bahkan tangisan menyesali dosa itu dapat memadamkan api neraka. Namun jika aku sedih kerana dunia yang kurasakan tidak berpihak kepadaku, alangkah ruginya aku. 
Ya, aku mencari bekal di dunia yang dapat menolongku di akhirat kelak.
Aku berpendapat menjadi seorang arkitek itu dapat menolongku. Aku mahu membina rumah Allah, tempat khalifah-khalifah-Nya menyeru kepada-Nya. Menolong khalifah-khalifah Allah mendekatkan diri kepada Allah, itu impianku. InshaAllah. 
Namun, saat ini aku berhenti sejenak, dan berfikir, aku mahu menolong mereka mendekatkan diri kepada Allah, namun aku pula bagaimana? Layakkah aku?
Berapa masa yang kuhabiskan untuk membaca naskhah agama dalam sehari, jika dibandingkan dengan buku-buku architecture? Berapa banyak masa kuhabiskan di studio, jika dibandingkan dengan masa kuhabiskan di masjid? 

Aku sedih memikirkan betapa aku sibuk dengan projek dan seumpamanya. 
Dan aku di pertengahan jalan menghabiskan Part 1. Jalanku masih jauh, jika umurku masih panjang.
Coretan lalu berulang kembali. Perasaanku kini sama dengan saat itu.

'letih'
'tidak tahan lagi'
di mata kita itu adalah derita.
seolah-olah mahu berhenti.

Lupa seketika.Di sisi kita ada malaikat.
Amalan kita tercatit.
Luruskan niat.
Kerja adalah ibadah. 

'Letih' hanya pada mata kita.
'Letih' itu ada nilainya pada Allah.
Percayalah, pengorbanan itu tidak sia-sia. =)






Firman Allah SWT maksudnya :

 “Janganlah kamu bersedih (La Tahzan) 

sesungguhnya Allah selalu bersama kita”.

 (Surah At- Taubah: 40).

Dan hatiku tidak sedih lagi mendengar pujukan Dia yang Esa =)
Aku tidak mahu membebankan orang tuaku dengan tangisan keanak-anakanku. 
Aku tidak mendambakan seseorang yang tidak halal bagiku untuk menenangkanku. 
Cukuplah Allah bagiku. 

No comments:

Post a Comment