"Architecture is the most
difficult profession.
He who wants to practice it correctly, must be first of all 'pious' "
-Koca Mimar Sinan-
Aku terasa seperti ada sesuatu yang menarik aku supaya merenung quote ini lama-lama. Quote ini aku dapat semasa kelas 'Quran and Sunnah for Built Environment'. Aku imbau kembali bagaimana Dr. Spahic menjelaskan, semua orang akan setuju bahawa architecture itu susah. Namun ayat kedua, 'untuk mempraktikkannya dengan betul seseorang itu mestilah warak', agak tidak dipersetujui orang ramai. Seni bina dianggap seolah-olah perkara duniawi sahaja, seolah-olah tiada kaitannya dengan akhirat. Dahulu, aku juga berpendapat sedemikian. Aku berpendapat kerja adalah hal duniawi. Aku salah. Kerja adalah ibadat juga. Namun semestinya diutamakan ibadat wajib seperti solat etc dahulu. Oleh itulah, untuk mengimbangi antara kewajipan utama dengan kewajipan yang lain, seseorang itu perlulah warak, takut untuk melanggar larangan-Nya.
InshaAllah, aku akan cuba mengimbangi. Hasratku, jika ini jalanku, aku mahu jadi seperti Sinan. Dia melakar rumah Allah. Dia jugalah tulang belakang pembinaannya. Dia benar-benar memakmurkan bumi Allah, seorang khalifah yang aku harus contohi.
Malahan, aku kagum melihat segelintir senior-senior yang sanggup menolak projek yang cenderung kepada maksiat seperti kelab malam. Rezeki kita bukan majikan yang tentukan, tetapi Allah. Aku berharap, jika ini takdirku, aku kuat untuk menolak seperti mereka. InshaAllah.
Masjid Yeni |
Masjid Mihrimah |
Masjid Suleiman |
Beberapa gambar masjid rekaan Sinan. Malahan, banyak lagi masjid rekaannya yang masih teguh berdiri hingga ke hari ini.
(Credit to: Google Images)
No comments:
Post a Comment