Tuesday, 1 January 2013

Mengejar dunia... dan akhirnya kecewa.

Tahun 2012 baru sahaja melabuhkan tirainya. Dan kuimbas kembali semua. Begitu banyak kekecewaan yang aku lalui. Dan aku tertanya-tanya, kenapakah aku kecewa? Ya, sungguh kecewa. Dan kini aku merasakan seolah-olah mahu berhenti. Tinggalkan sahaja degree in architectural studies. (  ....syaitan mula mengajakku berputus asa. ). 

Lalu aku tiba pada satu konklusi. Kecewa aku kerana adanya harapan.Semakin aku berharap semakin aku kecewa jika apa yang kuharapkan itu tidak tercapai.
Lalu aku imbas kembali.. apakah yang aku harapkan, sehingga membuatkan aku begitu kecewa. Ternyata impianku semuanya tentang nikmat dunia. Aku mahu mencapai gred yang baik dalam design. Mahu segalanya yang duniawi dan sementara.



Sudah cukup sudah. Ingatlah wahai diri: 

“Barangsiapa yang kehidupan duniawi menjadi tujuan utamanya, nescaya Allah menjauhkan dirinya dari tujuannya, dan meletakkan kefakiran di hadapan biji matanya. Ia tidak mendapatkan kehidupan dunia, melainkan apa yang telah ditentukan baginya. Barangsiapa yang kehidupan akhirat menjadi niat utamanya, nescaya Allah akan menyatakan dirinya dengan tujuannya, dan menjadikan kekayaan dalam hatinya sekaligus mendapat kehidupan duniawi. Dan (perlu diingat), kehidupan duniawi adalah hina.” 
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi.)


 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".
(Surah Al-Baqarah Ayat 201)


No comments:

Post a Comment