Wednesday, 23 January 2013

When you feel like giving up, remember why you held on for so long in the first place.

When you feel like giving up, remember why you held on for so long in the first place.
When you feel like giving up, remember why you held on for so long in the first place.
When you feel like giving up, remember why you held on for so long in the first place.

At the first place, i just follow my intuition. 
At the first place, i just think that this is the only thing i'm good with, and this is how i can help in upholding my religion...
At the first place, i think this is why i'm created for. 
At the first place, i think that this is my way of worship...

...and i want to believe, that i'm walking on the true path.

Aku hanya tahu melukis. Melakar. 

Dan untuk menjadikannya reliti aku harus menempuhi semua ini.
Harus menempuh rejection, menahan demand and all sort of things.

Ingat lagi niatku, janjiku, bahawa aku ingin design sebuah masjid. 
( dan aku menyatakan hasrat ini bukannya untuk riak, aku menyatakan ini supaya kamu yang mengenaliku akan menghalangku sekiranya suatu hari nanti niat itu hanya tinggal niat. )

Sekarang semester break. Kerana itu, fikiranku agak tak keruan. Kerana aku hanya tinggal seminggu sebelum bermulanya semester baru. Dan menempuh hal yang sama. Design. Crit-tea.Final presentation--- di samping subjek2 theory , culture, working drawing etc. Teruskan sahaja mencari idea ...dan main sketchup.. =p



Saturday, 19 January 2013

konfiden...



I THINK THAT MY LACK OF CONFIDENCE BLOCKS MY PROGRESS,  BUT ALONG THE WAY I LEARN THAT LOVE IS THE SECRET INGREDIENTS.

Ada masanya, aku jatuh, tenggelam dibawa emosi sehingga presentation pun entah bagaimana. Pernah, aku membisu seribu bahasa, entah apa yang aku katakan, dan expectations lecturers sangat tinggi. Mereka patahkan semangatku. Sejujurnya, aku berasakan, ya, banyak kelemahanku, tertutama semasa presentation. Bertubi-tubi mereka tanyakan aku terutama tentang construction. Dan aku tidak tahu. Lalu 'kebodohan' itu mereka jadikan modal untuk saiko itu ini. Tolonglah. Why don't you listen till i'm finish? Setiap kali selepas presentation, aku tidak sanggup lagi melihat muka mereka. Entah bagaimana gred aku tidak berminat untuk tahu. Dan kawan-kawanku, mereka berkata bahawa aku seharusnya yakin dengan designku. Designku ok sahaja, cuma aku yang tidak konfiden, lalu semasa presentation aku tertekan pabila lecturer demand banyak benda. Entah, sudah berkali-kali aku fikir, architecture bukanlah untukku. Untuk 27hb ini, entah. Aku tiada mood nak check result. Aku cuma berharap semuanya lulus.

Saturday, 12 January 2013

Cinta Bermusim?




Cinta pada Allah hanya bermusim? Selalu sahaja rasa seperti ini. Kadang-kadang, kita seolah-olah mencintai Allah ada masa tertentu sahaja. Ada masa kita tingkatkan ibadah kerana mahu Allah berikan sesuatu nikmat, pada masa lain, ketika kita dibuai nikmat itu, kita penuhkan hari-hari dengan hal-hal lagha. Kemudian, bila ditimpa musibah barulah mencari Tuhan. Aku tidak tahu. Sehari dua ini terasa aku seperti itu. Ini adalah bukti bahawa iman itu boleh menurun dan bertambah. Sekalipun ada masanya imanku goyah, aku bersyukur Dia sentiasa ada di sisi dan menyedarkanku hidup di dunia ini hanya sementara.

Monolog 10.00pm…

Ya Allah, bolehkah hamba menumpang di rumahMu malam ini? Hamba rindu mendengar azan subuh di sini. Hamba rindu dikejutkan azan dan menjadi terdorong untuk sujud kepada-Mu pagi ini. Hamba gundah ya Allah. Hanya Engkau yang tahu betapa hati hamba terbeban. Hamba bukannya ingin terlampau memikirkan masalah-masalah ini. Namun, hamba cuba untuk menyelesaikannya. Dan untuk menyelesaikan masalah itu hamba akan berasa keperitannya. Hamba sedih kerana buntu, apakah yang harus hamba lakukan?. Hamba berharap agar Engkau yang Esa maafkan hamba.

Ya Allah, hamba tidak ingin lari dari masalah. Hamba ingin berdepan masalah dan menyelesaikannya. Izinkanlah hamba menumpang di sini ya Allah. InshaAllah esok hamba akan teruskan pencarian buku itu. Hamba rasa bersalah ya Allah. Itu adalah amanah. Sama seperti jasad dan nyawa yang Engkau berikan kepada hamba. Jasad dan nyawa ini harus hamba pelihara sewajarnya. Ya Allah, hamba berharap esok hamba berupaya untuk menjumpai buku itu. Dan esok hamba akan menghantar softcopy itu, kerana hamba tidak tahu di mana bilik beliau. Hamba mohon agar beliau berlembut hati.

Ya Allah, maaf. Jika apa yang hamba mampu lakukan hanyalah mengadu terhadap-Mu. Banyak masalah memberat di fikiran hamba. Ya Allah, hamba minta maaf kerana hamba jahil.Malam ini, kaki hamba melangkah ke sini, kerana hamba rindu. Hamba tidak kuat . Hamba ingin bermalam di sini, bolehkah? Hamba ingin terjaga pada pukul 3 tatkala imam dating untuk qiamullail berjemaah. Hamba ingin qiam. Hamba ingin menangis. Jika hamba balik ke bilik, hamba tidak berani untuk kesini pada pukul 3 pagi, malahan bahaya. Namun jika hamba tidur di sini dengan mudahnya hamba akan tergerak untuk qiam. Samalah seperti bulan Ramadhan itu. Namun seribu kali sayang, jarang sekali hamba lihat Jemaah qiamullail pada bulan-bulan biasa. Hamba rindu saat itu ya Allah. Dan hamba menyesal tidak rajin singgah di sini pada waktu itu. Hamba harap, malam ini akan ada yang membangunkan hamba. InshaAllah,...

Hamba ingin menitiskan airmata ya Allah. Hamba tidak ingin jauh dari-Mu… Hamba menunggu hidayah dari-Mu ya Allah. Dan hamba mencari hidayah-Mu. Ya, hidayah itu adalah Islam, sudah turun dan Engkau kirimkan rasul-rasul-Mu untuk menyebarkan hidayah itu ke serata alam.

Hatiku hilang…aku mencarinya kembali. 



11: 03
Dan lampu masjid ditutup .Lalu aku keluar.Biarlah aku pulang sahaja. Aku serik kerana masa lalu. Mungkin kini bukan seperti dulu. Mungkin bukan musim qiam. 




Thursday, 10 January 2013

Filling the emptiness...

ok, need to admit 1 thing, seriously i was trying to fill this emptiness for these past few days ( after last paper), paradoxically, without me even realise, i feel more empthy. Maybe it's because i filled it the wrong way.

So, please, do not give up. TRY TO FACE THE PROBLEM. IT'S WORTH TRYING. 




Sunday, 6 January 2013

hanya secebis rasa...

Aku tidak mahu kedekut dengan Allah.
Nikmat yang Dia berikan kepadaku tidak terhitung.
Lapangkan dada.
Accept the past.
Accept the uncertain future.
Yang lalu jangan diingat. Berusaha untuk esok, paper terakhir.

berusaha dan bertawakkal.
Jangan difikir yang lepas, berusahalah sebaik mungkin=)

Saturday, 5 January 2013

Tawakkal


Allah berfirman bermaksud: 

“Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” 

(Surah al-Maidah ayat 23).




 ya Allah,
 aku tidak mahu meminggir dari-Mu, 
meskipun hati aku keras, 
kuharap suatu hati nanti ia akan kembali lembut,
 meskipun air mataku jatuh mengenangkan dosa-dosaku,
ia tidak dapat runtuhkan berhala nafsu dalam diri,
mengingatkan betapa Engkau menyayangiku,
membuatkan aku bersyukur,
membuatkan aku tekad, 
tiada Tuhan selain Allah,
 dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Meskipun hatiku keras, aku akan cuba menjaga akidahku,
aku takkan berpaling dariMu...


Friday, 4 January 2013

jangan pernah berhenti berharap pada Allah =)


Ya Allah 
Aku telah lakukan apa yang termampu
Dan aku tidak akan putus asa
Apapun yang mendatang aku akan terus positif


masih kecewa...


Ya, syaitan-syaitan itu berbisik, saat aku dirundum duka.

 ‘ Banyak lagi perkara yang menyeronokkan di dunia ini selain belajar. Dan tengok, satu semester kau belajar tetapi soalan tadi susah, tiada dalam slide.’

‘  Kau belajar tanpa jemu, kau abaikan keseronokan dunia untuk belajar, tetapi adakah kau bahagia?. Kau terseksa’



Ya Allah
Jika hati ini tidak mudah tersentuh nasihat, jika kematian tidak lagi menjadi nasihat, jika ayat-ayat Qur'an tidak lagi menggetarkan jiwaku, hamba mohon ampunanMu ya Rabb. Ampunilah hambamu yang belum kuat menjalankan perintahMu dan menjauhi laranganMu.

Ya Allah
Ampunilah kesalahan-kesalahan kami yang besar maupun yang kecil, yang berat maupun yang ringan, yang sengaja maupun yang tidak dan yang tampak maupun yang tersembunyi.

Ya Allah
Bimbinglah diri kami selalu agar mampu berjalan sesuai syariatMu. Jika diri kami telah atau sedang berjalan menjauh dariMu, mohon bimbinglah agar mampu berjalan kembali kepadaMu ya Rabb.

Ya Allah
Kabulkan doa-doa kami.



...



Selesai sudah ujian tadi, mood aku terus hilang. Aku tidak tahu apa rasaku. Sejujurnya, aku kecewa. Amat kecewa. Dan aku tahu pada saat-saat aku kecewa dan sedih inilah aku akan diprovok syaitan,agar aku bersangka buruk denagn takdir Allah. Aku tulis diari ini sebagai tarbiyah, sebagai muhasabah diri. Bagiku, apabila menghadap sehelai kertas( atau menghadap microsof word di skrin laptop), mendengar alunan zikir, dan meluahkan apa yang terbuku di hati,  fikiran aku akan lebih rasional. Kerana dengan itu akan akan menggunakan akal dan tenang.

Ujianku pagi tadi benar-benar menyakitkan. Keluar sahaja dewan, kekecewaan jelas terlihat. Kenapa, soalannya begitu sama dengan semester lepas?. Bukan aku sahaja yang berfikir sedemikian. Ada yang tidak puas hati. Ada yang rasa pelik. Tidak kurang juga ada yang mengatakan sengaja lecturer ambil soalan yang sama supaya mereka yang ‘repeat paper’ dapat lulus. Bila difikir, mungkin, kerana ramai yang repeat subjek ini tahun lepas. Dan ada banyak lagi ‘bukti’ yang menunjukkan lecturer cuba untuk ‘menolong’ mereka. Entah. Namun, kebanyakan daripada batch aku, ramai yang tidak focus pada apa yang sudah keluar minggu lepas. Ya, kami baca semuanya. Namun apa yang sudah ditanya pada tahun lepas lazimnya tidak akan disoal lagi tahun ini. Maka ramailah yang focus pada topic selainnya.

Terkejar-kejar. Kerana sebelum ini portfolio design kami dalam study week. Gap antara portfolio dan 1st examination, serta paper2 seterusnya agak singkat. Dan portfolio design adalah penentu, apakah kami dapat proceed ke tahun seterusnya. Jika dibandingkan subjek design dengan subjek theory, aku setuju dengan kawanku yang mengatakan ‘lagi sanggup fail subjek theory daripada fail design Kredit hour design 6, credit hour theory subject 2 atau 3 sahaja’

Fail design agak ‘annoying’ kerana design perlu di’repeat’ pada tahun seterusnya. Jika lazimnya part 1 adalah 3 tahun, fail design menambahkan setahun lagi, menjadikan 4 tahun. Jika fail theory, subjek itu perlu direpeat pada tahun selepasnya atau semester depan,(bergantung sama ada subjek itu ditawarkan setiap sem atau setahun sekali) tetapi tidak perlulah mengulang level of study. Bagi student final year yang fail subjek theory pada tahun terakhir pengajian pula, entah. Semestinya mereka harus mengulang paper, dan sekaligus menambahkan 1 semester atau satu tahun. Namun, selalunya, subjek2 yang susah ini perlu diambil semasa 2nd year. Dan jika perlu di’repeat’ pada final year, seolah-olah ada ‘jaminan’ bahawa mereka tidak fail buat kali kedua. Tidak bagi subjek design. Tiada ‘belas kasihan’ dalam design ( macam kejam je ayat ni ).
Okay, aku kecewa. Bukannya kecewa dengan takdir. Kecewa dengan diri aku. ( Mungkin Allah sahaja yang tahu. Susah aku nak describe.)

Subjek ini ada 3 level.  Biarlah aku namakan paper ini sebagai ‘miaw’ ( sebab aku suka kucing..<---nak jugak)) Some students fail miaw 1. Ada yang fail semasa miaw 2. Dan paper yang baru shaja habis tadi miaw 3. Bagi aku, miaw 1 agak KO, namun alhamdulillah at least lepas. Miaw 2 paling ok bagi aku, entah bagaimana, tetapi ini rezeki yang aku sangat syukur. Miaw 3, aku tidak berani kata apa-apa. Soalannya agak confusing. Jika gred ak kali ini sama seperti level 1 ak bersyukur sangat. Aku tidak berani letakkan harapan tinggi. But, let’s say ‘Alhamdulillah’, even aku kecewa.

Dan sebenarnya, aku agak kagum dengan spirit mereka. Ramai yang fail, tetapi relax je repeat, janji xrepeat design kata mereka. Tetapi bagi aku, aku fikirkan ibu bapa aku yang selalu bertanya kan result aku setiap semester. Dan aku sendiri pun, bila mengenangkan masa yang aku spent untuk buat assignments dan sebagainya, lagilah aku tidak sanggup. Apapun, aku sudah berdoa, sudah berusaha semampu aku, dan aku serahkan pada Dia untuk tentukan jalanku. Dia lebih mengetahui apa yang baik untukku.=)

Maaf ya Allah jika nukilan hati aku agak ‘selfish’.

Aku kecewa, namun aku tahu Engkau mengujiku ya Allah. Seringkali aku gagal, dan kuharap kali ini takdir memihak kepadaku. Aku ingat lagi semasa short semester betapa aku terbeban, namun Alhamdulillah Dia berikan aku kekuatan. Tetapi kali ini, entah kenapa, kecewa sangat, kerana itu aku ingin berlapang dada. Dan tidak mahu meletakkan apa-apa harapan. Bagiku, ya, aku sudah berusaha sedaya mungkin, dan aku tidak mahu mengatakan ‘ I should have done better than this.. if bla, if blab la bla bla… ‘ .‘If’ itu seolah-olah membuka ruang untuk syaitan memprovokasi aku supaya tidak bersyukur dengan ketentuan Dia.  




Thursday, 3 January 2013

P.I.O.U.S




"Architecture is the most 
difficult profession.
He who wants to practice it correctly, must be first of all 'pious' " 

-Koca Mimar Sinan-



Aku  terasa seperti ada sesuatu yang menarik aku supaya merenung quote ini lama-lama. Quote ini aku dapat semasa kelas 'Quran and Sunnah for Built Environment'. Aku imbau kembali bagaimana Dr. Spahic menjelaskan, semua orang akan setuju bahawa architecture itu susah. Namun ayat kedua, 'untuk mempraktikkannya dengan betul seseorang itu mestilah warak', agak tidak dipersetujui orang ramai. Seni bina dianggap seolah-olah perkara duniawi sahaja, seolah-olah tiada kaitannya dengan akhirat. Dahulu, aku juga berpendapat sedemikian. Aku berpendapat kerja adalah hal duniawi. Aku salah. Kerja adalah ibadat juga. Namun semestinya diutamakan ibadat wajib seperti solat etc dahulu. Oleh itulah, untuk  mengimbangi antara kewajipan utama dengan kewajipan yang lain, seseorang itu perlulah warak, takut untuk melanggar larangan-Nya.

InshaAllah, aku akan cuba mengimbangi. Hasratku, jika ini jalanku, aku mahu jadi seperti Sinan. Dia melakar rumah Allah. Dia jugalah tulang belakang pembinaannya. Dia benar-benar memakmurkan bumi Allah, seorang khalifah yang aku harus contohi.

Malahan, aku kagum melihat segelintir senior-senior yang sanggup menolak projek yang cenderung kepada maksiat seperti kelab malam. Rezeki kita bukan majikan yang tentukan, tetapi Allah. Aku berharap, jika ini takdirku, aku kuat untuk menolak seperti mereka. InshaAllah.


Masjid Yeni
Masjid Mihrimah
Masjid Suleiman












Beberapa gambar masjid rekaan Sinan. Malahan, banyak lagi masjid  rekaannya yang masih teguh berdiri hingga ke hari ini.
(Credit to: Google Images)










Ya Allah, berikanlah aku peluang untuk mendirikan masjid seperti ini. Amiin ya Rabbal Al-Amin.
Biar apa pun yang menghalang, berapa kali pun aku jatuh, aku akan terus bangun.
Rinduku untuk melakar sebuah rumah Allah... demi Allah, aku akan terus bertahan. inshaAllah.

Wednesday, 2 January 2013

Sedih? La Tahzan...=)

Untuk apakah aku bersedih? 

Jika aku sedih mengenangkan dosa lalu, itu tidak aku sesali. Bahkan tangisan menyesali dosa itu dapat memadamkan api neraka. Namun jika aku sedih kerana dunia yang kurasakan tidak berpihak kepadaku, alangkah ruginya aku. 
Ya, aku mencari bekal di dunia yang dapat menolongku di akhirat kelak.
Aku berpendapat menjadi seorang arkitek itu dapat menolongku. Aku mahu membina rumah Allah, tempat khalifah-khalifah-Nya menyeru kepada-Nya. Menolong khalifah-khalifah Allah mendekatkan diri kepada Allah, itu impianku. InshaAllah. 
Namun, saat ini aku berhenti sejenak, dan berfikir, aku mahu menolong mereka mendekatkan diri kepada Allah, namun aku pula bagaimana? Layakkah aku?
Berapa masa yang kuhabiskan untuk membaca naskhah agama dalam sehari, jika dibandingkan dengan buku-buku architecture? Berapa banyak masa kuhabiskan di studio, jika dibandingkan dengan masa kuhabiskan di masjid? 

Aku sedih memikirkan betapa aku sibuk dengan projek dan seumpamanya. 
Dan aku di pertengahan jalan menghabiskan Part 1. Jalanku masih jauh, jika umurku masih panjang.
Coretan lalu berulang kembali. Perasaanku kini sama dengan saat itu.

'letih'
'tidak tahan lagi'
di mata kita itu adalah derita.
seolah-olah mahu berhenti.

Lupa seketika.Di sisi kita ada malaikat.
Amalan kita tercatit.
Luruskan niat.
Kerja adalah ibadah. 

'Letih' hanya pada mata kita.
'Letih' itu ada nilainya pada Allah.
Percayalah, pengorbanan itu tidak sia-sia. =)






Firman Allah SWT maksudnya :

 “Janganlah kamu bersedih (La Tahzan) 

sesungguhnya Allah selalu bersama kita”.

 (Surah At- Taubah: 40).

Dan hatiku tidak sedih lagi mendengar pujukan Dia yang Esa =)
Aku tidak mahu membebankan orang tuaku dengan tangisan keanak-anakanku. 
Aku tidak mendambakan seseorang yang tidak halal bagiku untuk menenangkanku. 
Cukuplah Allah bagiku. 

Tuesday, 1 January 2013

monolog....

Tuhanku, kesabaranku teruji. Sampai bilakah rasa ini terus membelenggu. Berikanlah aku hidayah. Apakah harus aku teruskan? Aku sepertinya tidak mahu untuk menempuhi semester akan datang. Menempuhi kecewa yang sama. Kekecewaan yang tidak mungkin aku elak. Ya Allah, apakah aku bisa menyumbang untuk agamamu? Aku yang jahil ini... mampukah?


 Sabarlah diriku...

Aku keliru ya Allah. Namun aku harus bersabar. Seharusnya jika aku berjuang ke jalan-Mu aku harus lebih dekat kepada-Mu. Tetapi aku sedih. Betapa mudahnya aku 'merajuk' dengan-Mu ya Allah. Maafkanlah aku. Betapa aku hamba yang lupa bahawa nikmat-Mu tidak terhitung. Engkau masih berikanku nafas hingga saat ini, meskipun dosaku melemahkanku.
Tuhanku, aku ingin bersabar, kerana aku ingin dicintai-Mu.



"Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan".

(Surah Hud 11:115)

Apa jua situasi, aku akan sabar...




Mengejar dunia... dan akhirnya kecewa.

Tahun 2012 baru sahaja melabuhkan tirainya. Dan kuimbas kembali semua. Begitu banyak kekecewaan yang aku lalui. Dan aku tertanya-tanya, kenapakah aku kecewa? Ya, sungguh kecewa. Dan kini aku merasakan seolah-olah mahu berhenti. Tinggalkan sahaja degree in architectural studies. (  ....syaitan mula mengajakku berputus asa. ). 

Lalu aku tiba pada satu konklusi. Kecewa aku kerana adanya harapan.Semakin aku berharap semakin aku kecewa jika apa yang kuharapkan itu tidak tercapai.
Lalu aku imbas kembali.. apakah yang aku harapkan, sehingga membuatkan aku begitu kecewa. Ternyata impianku semuanya tentang nikmat dunia. Aku mahu mencapai gred yang baik dalam design. Mahu segalanya yang duniawi dan sementara.



Sudah cukup sudah. Ingatlah wahai diri: 

“Barangsiapa yang kehidupan duniawi menjadi tujuan utamanya, nescaya Allah menjauhkan dirinya dari tujuannya, dan meletakkan kefakiran di hadapan biji matanya. Ia tidak mendapatkan kehidupan dunia, melainkan apa yang telah ditentukan baginya. Barangsiapa yang kehidupan akhirat menjadi niat utamanya, nescaya Allah akan menyatakan dirinya dengan tujuannya, dan menjadikan kekayaan dalam hatinya sekaligus mendapat kehidupan duniawi. Dan (perlu diingat), kehidupan duniawi adalah hina.” 
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi.)


 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".
(Surah Al-Baqarah Ayat 201)